kata Seru
1. Kata
seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah,
terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara
penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi
atau menurun.
3. Kata
seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh
kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru
|
Penggunaannya
|
Ayat Contoh
|
aduh
|
untuk
menyatakan perasaan sakit dan kagum
|
1.
Aduh, sakitnya tanganku!
2.
Aduh, besarnya rumahmu!
|
aduhai
|
untuk menyatakan perasaan sedih
|
Aduhai, malang sungguh nasibku!
|
ah
|
untuk
menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
|
1.
Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2.
Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
|
amboi/wah
|
untuk
menyatakan perasaan hairan atau kagum
|
1.
Amboi, mahal betul kereta itu!
2.
Wah, berani betul budak itu!
|
cis/cih
|
untuk
menyatakan perasaan marah dan benci
|
1.
Cis, berani dia menentangku!
2.
Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
|
eh
|
untuk
menyatakan perasaan hairan atau terkejut
|
1.
Eh, kamu sudah sampai!
2.
Eh, tadi dia ads di sini!
|
hai
|
untuk
menegur seseorang atau menarik perhatian
|
1.
Hai, diamlah sikit!
2.
Hai, sudah lama kits tidak bertemu!
|