PERUMPAMAAN
1. Perumpamaan ialah susunan katakata
yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
2.
Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan
umpama.
3.
Senarai perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Perumpamaan
|
Maksud
|
Bagai
aur dengan tebing
|
tolong-menolong
antara satu dengan yang lain
|
Bagai
bunyi cempedak jatuh
|
bunyi
jatuh yang kuat
|
Bagai
bulan dipagari bintang
|
kecantikan
gadis yang tiada bandingannya
|
Bagai
diiris dengan sembilu
|
perasaan
yang sangat pedih
|
Bagai
duri dalam daging
|
sesuatu
hal yang tidak menyenangkan
|
Bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
|
hanya
mementingkan diri sendiri
|
Bagai
itik pulang petang
|
berjalan
lambat sekali
|
Bagai
isi dengan kuku
|
persahabatan
yang sangat erat
|
Bagai
kacang melupakan kulit
|
orang
yang tidak tahu mengenang budi
|
Bagai
kumbang putus tali
|
amat
cepat; terlepas daripada sengsara
|
Bagai
melepaskan batuk di tangga
|
membuat
sesuatu kerja sambil lewa saja
|
Bagai
menatang minyak yang penuh
|
mendidik
anak dengan penuh belaian kasih sayang
|
Bagai
mencencang air
|
membuat
pekerjaan yang sia-sia
|
Bagai
mural tercabut ekor
|
seseorang
yang becok mulutnya
|
Bagai
si kudung mendapat cincin
|
orang
yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh
|
Bagai
pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata
|
pasangan
yang sama padan dan sama cantik
|
Bagai
tikus membaiki labu
|
merosakkan
lagi barang yang dibaikinya
|
Seperti
abu di atas tunggul/ Seperti telur di hujung tanduk
|
kedudukan
tidak tetap atau tidak terjamin
|
Seperd
anak ayam kehilangan ibu
|
berpecah
dan hilang tempat bergantung
|
Seperti
anjing dengan kucing
|
adik-beradik
yang suka bergaduh
|
Seperti
anjing dengan bayang-bayang
|
orang
yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada
|
Seperti
api dalam sekam
|
dendam;
perbuatan jahat yang tersembunyi
|
Seperti
ayam berak kapur
|
muka pucat
dan tidak bermaya
|
Seperti
bertih digoreng
|
bunyi
bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti
|
Seperti
cacing kepanasan
|
tidak
diam atau tenang; selalu gelisah
|
Seperti
embun di hujung rumput
|
kasih
sayang yang tidak berkekalan
|
Seperti
gergaji dua mata/ Seperti talam dua muka
|
seseorang
yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak
|
Seperti
harimau menyembunyikan kukunya
|
menyembunyikan
kelebihan yang ada pada dirinya
|
Seperti
hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi
|
memberi
nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan
|
Seperti
katak di bawah tempurung
|
orang
yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar
|
Seperti
kera kena belacan
|
tidak
suka duduk diam
|
Seperti
kera mendapat bunga
|
seseorang
yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
|
Seperti
kerbau dicucuk hidung
|
seseorang
yang lurus; menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa
|
Seperti
langit dengan bumi
|
perbezaan
yang amat ketara
|
Seperti
mengajar itik berenang
|
mengajar
seseorang yang arif atau pandai daripada kita
|
Seperti
pahat dengan penukul
|
orang
yang hanya bekerja apabila diperintah
|
Seperti
pungguk rindu akan bulan
|
mengharapkan
sesuatu yang tidak mungkin diperoleh
|
Seperti
rusa masuk ke kampung
|
berasa
hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di tempat yang baru
|
Seperti
tikus jatuh di beras
|
memperoleh
kekayaan yang tidak disangka-sangka
|
Seperti
ular kena palu
|
jalan
atau barisan yang bengkang-bengkok
|
perumpamaan yang cukup banyak, syabas, teruskan usaha, kawanku..
ReplyDeleteTahniah cikgu.Bahan yang amat berguna pelajar.
ReplyDeleteMakanan yang berkhasiat sangat penting untuk kita.
ReplyDeleteBlog saudari menarik.Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.
ReplyDeleteBlog anda sangat menarik, berusaha lagi!
ReplyDeleteperumpaman mestilah ikut buku teks supaya murid boleh ulagkaji sendiri.
ReplyDeletehttp://tangeokhwa1963.blogspot.com/
nota yang bagus.
ReplyDeleteSesuai untuk murid-murid buat ulangkaji, nota padat~
ReplyDeletemaklumat yang bukan saja berguna bagi murid tapi juga bagi yang sudah lama meningggalkan sekolah.
ReplyDeletesatu blog yang kaya dengan pelbagai maklumat yang berguna kepada murid mahupun guru. syabas
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiaan maklumat ^^
ReplyDelete