Wednesday 24 October 2012

Kata seru




kata Seru
 
1.       Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2.       Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3.       Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4.       Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai
untuk menyatakan perasaan sedih
Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah
untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wah
untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum
1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih
untuk menyatakan perasaan marah dan benci
1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
eh
untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut
1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
hai
untuk menegur seseorang atau menarik perhatian
1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!





3 comments:

  1. Penerangan tentang penggunaan kata seru adalah jelas.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi ilmu di sini. Teruskan usaha! ^^

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen dan dorongan yang cikgu Heo dan Cikgu Siew Foo berikan. Saya akan berkongsi lebih banyak maklumat lagi jika boleh.

    ReplyDelete